|
Satu
projek mengumpulkan trivia untuk Minggu Penulis Remaja(MPR) sedang dijalankan
untuk melengkapkan lagi pendokumentasian tentang MPR. Sebagai sebuah program
yang sudah berusia lebih 20 tahun dan mempunyai reputasi cemerlang, dirasakan
wajar untuk merakamkan catatan-catatan menarik sepanjang program berlangsung.
Antara contoh perkara yang boleh dijadikan trivia ialah: 1)Tempat
penginapan peserta MPR 2)
Jumlah peserta paling ramai / paling sedikit 3)
Peserta paling muda / paling senior 4)
Mantan-mantan yang mempunyai ikatan keluarga / datang dari keluarga penulis 5)
Mantan yang bertemu jodoh di dalam MPR 6)
Pencapaian mantan sebelum / selepas menyertai MPR 7)
Negeri yang paling ramai mantan MPR 8)
Bidang kerjaya yang paling banyak diceburi 9)
Pembimbing /penceramah/tetamu program MPR 10)
Lokasi majlis penyampaian Hadiah Sastera Siswa Seboleh-bolehnya
catatan trivia yang ingin dikongsi biarlah berbaloi untuk disebut dan tidak
terlalu bersifat peribadi. Respon terus ke http://mudajauhari.blogdrive.com
atau emel Raihani Mohd. Saaid di deppviggo@yahoo.com. Mariani:
Jahat orang sebelah nilah! Sharifah
Hanim : Ha ah lah! -Masam-Masam Manis- |
| Rai November 9, 2009 02:11 PM PST Nissa;, Terima kasih banyak2 kerana menyahut cabaran Power Root.Sekarang mari kita tengok,sebab peserta paling ramai dari Johor-apakah Johor merupakan negeri yg ramai sasterawan, selepas Kelantan? Pasal tu akak nak kutip trivia! | ||
| Nissa' Yusof November 8, 2009 08:47 AM PST Salam, kak rai. Saya jawab trivia ini berdasarkan MPR 2006 saja tau. bolehlah akak bandingkan dengan batch lain. 1)Tempat penginapan peserta MPR 1- Golden Straits Villas, Port Dickcon 2- Mandarin Court, KL 2) Jumlah peserta paling ramai / paling sedikit jumlah peserta MPR2006: 22 orang 3) Peserta paling muda / paling senior paling muda: 17 tahun (nabiha, zarina, shairazi, habsah, zulfadli) paling senior: 22 tahun (amli) 4) Mantan-mantan yang mempunyai ikatan keluarga / datang dari keluarga penulis -tiada (tapi ada seorang mentor dari keluarga penulis) 5) Mantan yang bertemu jodoh di dalam MPR -bertemu ada, tapi belum 'berikat' lagi. hehe 6) Pencapaian mantan sebelum / selepas menyertai MPR -zulfazlan (HSDT, antologi komsas) -mf kencana (menyerlah dalam skrip drama tv) -yang lain-lain terus menulis di pelbagai media 7) Negeri yang paling ramai mantan MPR -selangor (3 orang) -kuala lumpur (1 orang) -johor (7 orang) -negeri sembilan (1 orang) -perak (3 orang) -kelantan (4 orang) -terengganu (1 orang) -kedah (1 orang) -melaka (1 orang) 8) Bidang kerjaya yang paling banyak diceburi -ramai yang belum habis belajar 9) Pembimbing /penceramah/tetamu program MPR -SN S.Othman Kelantan, pak AGI, abg Pat, Dr. Teo Kok Seong, Dr. Robiah K. Hamzah 10) Lokasi majlis penyampaian Hadiah Sastera Siswa - TRIVIA TAMBAHAN -MPR pertama & terakhir (setakat ini) dengan konsep mentor-mentee -pencetus blog sendiri: mpr06.blogspot.com -2 orang sudah terbang ke luar negara: shairazi (india), azma (jordan) itulah saja setakat ini, selepas 3 hari 3 malam membuat imbas kembali ke zaman muda-muda dulu :D | ||
| Leave a Comment: |