Entry: BUKU UNTUK FILEM ESTET Thursday, October 29, 2009



Niat asal ingin membeli bukunya tetapi syukur, dapat pula sebagai hadiah. Dapat pula tumpang promosi Badrul Bambi oleh abang Ajami Hashim yang rajin dan berdedikasi ini. Hahaha!

             

Buku yang dimaksudkan ialah buku untuk filem Estet selenggaraan Ajami Hashim, terbitan Matahari Books milik Amir Muhammad. Ia mengandungi lakon layar filem Estet tulisan Mamat Khalid yang bertujuan ‘mendekatkan peminat filem Malaysia dengan proses pembikinan filem'. Pelancaran filem ini sahaja sudah berbeza. Ia dibuat di Padang Merbuk, depan ASWARA – saya punya tempat jatuh lagi dikenang.Bukan di hotel atau restoran mewah mana-mana tauke filem.Muahaha! Majlis pelancarannya sahaja sudah memberi gambaran filem itu nanti, dengan tarian ala Kollywoodnya serta bangsal a la majlis perkahwinan orang India. Menurut blurb di belakang buku ini, filem Estet ialah sebuah filem dengan ‘pendekatan yang lebih kepada heroism dan suspense thriller ala filem-filem Selatan India.

 

Bila membaca lakon layarnya, boleh tahu jalan cerita dan mungkin juga pengakhirannya. Tetapi bagaimana cerita ini dizahirkan, how’s the screen play being executed itulah yang penting. Baca bual santai Ajami dengan sang pengarah,Saudara Mamat Khalid. Memang santai dan anda tidak akan menemui sisi bual ini di penerbitan lain yang lebih bersifat formal. Jika ada yang nak mengkajinya secara formal dan ilmiah, itu kita serahkan kepada para academia.

 

Saya secara peribadi tidak sabar hendak tengok Rosyam Nor berlakon sebagai Kublai Khan, selepas saya terpesona dengan wataknya dalam Kala Malam Bulan Mengambang. Sekali saya tegaskan, saya secara peribadi tak suka Rosyam dalam tragedi meleleh air mata. Saya suka dia berlakon komedi. Jika anda suka kerja-kerja Mamat Khalid, anda akan suka Estet. Jika anda suka buku Estet, anda akan suka kerja-kerja Ajami Hashim.

 

Sepatutnya lebih banyak perkahwinan antara filem dengan buku sebegini. Inilah namanya budaya ilmu, walaupun apa yang ditulis mungkin santai sifatnya. Takkan hendak tonton filem sahaja. Mesti hendak tahu latar belakangnya. Filem-filem P.Ramlee dulu pun,kalaulah ada yang mendokumentasi belakang tabirnya mesti best.

 

Maklumat lanjut mengenai buku ini dan cara hendak membelinya boleh didapati di blog penyelenggaranya.

 

Haji Mahadi:Ladang-ladang dan estet-estet…factory-factory dan kilang-kilang…

            -Tiga Abdul-

   3 comments

Rai
November 4, 2009   03:58 PM PST
 
Bang Ajami,
Syok sendiri bagus apa!Kalau tak syok,cmna nak buat kerja yg bagus?Nyehehe!

Hanie,
Apa nyah?U setuju utk kawen? Itulah tauke2 filem sekelian...kalau anda ada duit utk buat filem,takkan takde duit utk publish buku psl filem kan kan kan?

p/s kesempatan bersembang first hand dgn Mariani 2 tahun lepas sgt berharga utk mendapatkan maklumat psl Studio Jln Ampas!
haniesalwah
November 3, 2009   12:26 AM PST
 
Setuju setuju setuju! (Apa yang aku setuju tu ntah la erk...hahaha). Oh saya setuju bab "Sepatutnya lebih banyak perkahwinan antara filem dengan buku sebegini"...

Ini sangat penting kepada para akademia yang ingin mengkaji filem (tak lupa juga semua peminat filem kan...) takdela susah no nak buat kajian. Hehehe...

Kalau ada buku ditulis mengenai sesuatu filem (tak kisahla lakon layar ke, disebalik tabir ke, temuramah dengan director ke) setidak-tidaknya membuatkan orang yang tidak tahu apa tu filem semakin faham akan pembuatan filem dan semakin menghargainya (bukan tau nak kutuk je kan...hehe).

Tapi sayangnya saya tak sempat nak beli buku ni di MASKARA tempohari. Uwaa...kena tunggu keluar di kedai la gamaknya...huhu!
ajami
October 29, 2009   12:29 PM PDT
 
Salaam rai,

TQ muah2
Mebi nx tme I publish sndiri buku skrip tunjang sa'adah yg syok sndiri itub ahaha!

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments