raihani June 12th 1979 (Age 30) Female Malaysia Sedang memulihkan Permanent Head Damage di UPM dalam bidang Drama Dalam Pendidikan. Suka puisi, suka karya kreatif, suka filem. Baru melahirkan kumpulan cerpen 10+1 bertajuk BADRUL BAMBI.
Kumpulan cerpen BADRUL BAMBI boleh dipesan dengan menghantar emel ke badrulbambi@hotmail.com ataupun deppviggo@yahoo.com.Harga senaskhah,termasuk kos pos ialah RM20.00
Sedang Baca : Projek 238(BH Amir)
Baru Tonton: Setem
Jumpa saya juga di facebook,taip Raihani Mohd.Saaid
Satu
projek mengumpulkan trivia untuk Minggu Penulis Remaja(MPR) sedang dijalankan
untuk melengkapkan lagi pendokumentasian tentang MPR. Sebagai sebuah program
yang sudah berusia lebih 20 tahun dan mempunyai reputasi cemerlang, dirasakan
wajar untuk merakamkan catatan-catatan menarik sepanjang program berlangsung.
Antara contoh perkara yang boleh dijadikan trivia ialah:
1)Tempat
penginapan peserta MPR
2)
Jumlah peserta paling ramai / paling sedikit
3)
Peserta paling muda / paling senior
4)
Mantan-mantan yang mempunyai ikatan keluarga / datang dari keluarga penulis
5)
Mantan yang bertemu jodoh di dalam MPR
6)
Pencapaian mantan sebelum / selepas menyertai MPR
7)
Negeri yang paling ramai mantan MPR
8)
Bidang kerjaya yang paling banyak diceburi
9)
Pembimbing /penceramah/tetamu program MPR
10)
Lokasi majlis penyampaian Hadiah Sastera Siswa
Seboleh-bolehnya
catatan trivia yang ingin dikongsi biarlah berbaloi untuk disebut dan tidak
terlalu bersifat peribadi. Respon terus ke http://mudajauhari.blogdrive.com
atau emel Raihani Mohd. Saaid di deppviggo@yahoo.com.
Niat asal
ingin membeli bukunya tetapi syukur, dapat pula sebagai hadiah. Dapat pula
tumpang promosi Badrul Bambi oleh abang Ajami Hashimyang rajin dan berdedikasi ini. Hahaha!
Buku yang
dimaksudkan ialah buku untuk filem Estet selenggaraan Ajami Hashim, terbitan
Matahari Books milik Amir Muhammad. Ia mengandungi lakon layar filem Estet
tulisan Mamat Khalid yang bertujuan ‘mendekatkan peminat filem Malaysia
dengan proses pembikinan filem'. Pelancaran filem ini sahaja sudah berbeza. Ia
dibuat di Padang Merbuk, depan ASWARA – saya punya tempat jatuh lagi
dikenang.Bukan di hotel atau restoran mewah mana-mana tauke filem.Muahaha!
Majlis pelancarannya sahaja sudah memberi gambaran filem itu nanti, dengan
tarian ala Kollywoodnya serta bangsal a la majlis perkahwinan orang India.
Menurut blurb di belakang buku ini, filem Estet ialah sebuah filem dengan
‘pendekatan yang lebih kepada heroism dan suspense thriller ala filem-filem Selatan
India.
Bila membaca
lakon layarnya, boleh tahu jalan cerita dan mungkin juga pengakhirannya. Tetapi
bagaimana cerita ini dizahirkan, how’s the screen play being executed itulah
yang penting. Baca bual santai Ajami dengan sang pengarah,Saudara Mamat Khalid.
Memang santai dan anda tidak akan menemui sisi bual ini di penerbitan lain yang
lebih bersifat formal. Jika ada yang nak mengkajinya secara formal dan ilmiah,
itu kita serahkan kepada para academia.
Saya secara
peribadi tidak sabar hendak tengok Rosyam Nor berlakon sebagai Kublai Khan,
selepas saya terpesona dengan wataknya dalam Kala Malam Bulan Mengambang.
Sekali saya tegaskan, saya secara peribadi tak suka Rosyam dalam tragedi
meleleh air mata. Saya suka dia berlakon komedi. Jika anda suka kerja-kerja
Mamat Khalid, anda akan suka Estet. Jika anda suka buku Estet, anda akan suka
kerja-kerja Ajami Hashim.
Sepatutnya
lebih banyak perkahwinan antara filem dengan buku sebegini. Inilah namanya
budaya ilmu, walaupun apa yang ditulis mungkin santai sifatnya. Takkan hendak
tonton filem sahaja. Mesti hendak tahu latar belakangnya. Filem-filem P.Ramlee
dulu pun,kalaulah ada yang mendokumentasi belakang tabirnya mesti best.
Maklumat
lanjut mengenai buku ini dan cara hendak membelinya boleh didapati di blog
penyelenggaranya.
Haji
Mahadi:Ladang-ladang dan estet-estet…factory-factory dan kilang-kilang…
Selain daripada takut dan risau akan keselamatan dan kesejahteraan anak-anaknya, seorang ibu muda seperti saya juga 'perlu' takut akan perkara ini-MENJADI GEMUK DAN TIDAK TERURUS.
Harus diakui, berat saya sudah tidak boleh capai 37kg macam zaman 'muda-muda' dulu. Hendak dapat bawah 45kg pun susah. (Dulu bukannya langsing, tapi kurus kering!). Berat badan saya sekarang? Hahaha,biarlah rahsia!Takut yang amat hendak dikongsi. Tapi jika tidak dikawal, nampak macam anak gajah tok mia. Anak murid pun tak percaya, ini tutor drama ke? Ingatkan tutor kelas memasak.
Kata Rizalman dan saya pernah quote ini dalam tulisan saya di Eh!, perempuan mesti cantik sampai mati. Ada orang memang cantik semulajadi. Ada orang mengusahakan untuk jadi cantik. Maksud cantik bagi saya, ialah sihat dan kelihatan rapi. Cantik bukan milik orang ada duit. Cantik bukan milik artis-artis. Ibu mertua saya usianya sudah hampir 70 tahun, sekali pun saya tak pernah lihat dia pakai kain batik, baju Kedah dan serkup kepala macam ibu-ibu dalam drama Melayu. Badannya pun tak menggeleber. Saya rimas tengok ibu-ibu muda pakai baju kelawar pergi kedai. Umur belum 40 pun ada yang sudah pakai gigi palsu. Saya dalam pantang pun tak pernah pakai kain batik. Kalau orang tengok saya dalam pantang, orang ingat saya nak pergi perbarisan Hari Kebangsaan. Tak percaya tanya ibu saya. Hahaha!
Seorang kaum kerabat saya berkata, buat apalah dia nak bersiap cantik-cantik dan apalah salah badannya gemuk. Memang begitu resmi perempuan yang sudah beranak-pinak. Duduk di kampung siapa hendak tengok. Lagipun suaminya pasti tak cari lain. Hello! Tolong jangan rekrut anak dan suami (serta seisi kampung) kalau badan gemuk tidak berbentuk. Sayanglah diri sendiri. Kalau bil hospital pun 'gemuk', siapa yang susah!
Menjaga makan dan line dancing sekerap mana yang dapat adalah cara saya menjaga berat badan sekarang. Tidak juga nampak kurus langsing macam dulu. Kena usaha lagi ni. Hiyaaaah...hiyaaaahh...hiyaaaahh...kroooh... kroooh...zzzzzzz!
Aziz Sattar: Yang diketuk si cantik manis...sekali yang keluar si badak sumbu! -Bujang Lapok-
Apakah yang membahagiakan seorang penulis? Selain soal yang melibatkan pulangan material, bahagia seorang penulis juga lahir apabila ada lebih dari seorang pembaca menyatakan sekian-sekian pandangan berisi mengenai karyanya. Dalam kes kumpulan cerpen Badrul Bambi, saya menerima reaksi berikut dari Pembaca I,Pembaca II dan Pembaca II dan kesemuanya memberi respon yang sama;
''I tak puas hati you tak kahwinkan Badrul dengan Bambi. Ajar si Intan cukup-cukup!''
Untuk mengetahui lebih lanjut, bolehlah dapatkan kumpulan cerpen saya yang kini sudah pun berada di 7 cawangan MPH yang berikut:
1) Midvalley Megamall 2) SACC, Shah Alam 3) One Utama 4) Alpha Angle, Wangsa Maju 5) Subang Parade 6) Alamanda, Putrajaya 7) Jusco Seremban 2.
Kalau anda sudi membaca, saya bertambah-tambah bahagia!
S.Kadarisman : Kanda jangan ambil satu sen pun harta ayahanda. Dermakan pada adinda bulat-bulat! -Tiga Abdul-
Catatan mengenai kumpulan cerpen saya, Badrul Bambi menembusi akhbar Suara Keadilan bil.201, bertarikh 6-13 Oktober 2009. Kepada yang sudi menulis dan menyiarkannya, berbanyak terima kasih saya ucapkan. Meh saya belanja makan kuih raya!Hehehe...
Dapatkan segera Suara Keadilan sekarang.Gambar saya yang bajet ayu tu pun ada.Muahaha!
AR Tompel: Kita teropong dia,dia teropong kita balik! -Anak Bapak-
Mengapa
bahasa dan sastera tidak boleh dipinggirkan dari sistem pendidikan
perdana?Mengapa bahasa dan sastera mesti tidur sebantal dengan sains dan
matematik?
Satu
hari, sedang saya duduk-duduk bersama beberapa teman sekolega, masuklah seorang
pensyarah ‘berpangkat besar’ ini dan menyertai kami. Kami semua berbual santai,
lepas itu entah siapa yang mulakan, kami unjurkan teka-teki seorang satu. Gelak
punya gelak, teka punya teka, tibalah giliran saya.
Saya
pun memberi teka-teki: Sakit apa yang PALING sakit?
Orang
pun jawab sakit gigilah, sakit nak beranaklah, sakit nak matilah dan
macam-macam kategori sakit lagi.
Saya
jawab:Sakit yang PALING sakit ialah sakit tengkuk, sebab nak berpaling tak
boleh dek rasa sakit tu.
Tiada
siapa ketawa atau senyum. Mungkin tak lucu. Tapi tiada siapa rasa ‘enlightened’ atau nak memberi reaksi
‘’Oh,betul jugak ye…’’. Okeylah, teka-teki saya ni bukannya bijak bestari tara mana pun!
Tapi
si pensyarah yang lebih bijak bestari (bidangnya sains sosial) mengatakan
kepada saya straight in the face
‘’Loyar buruk awak yea!’’