raihani June 12th 1979 (Age 30) Female Malaysia Sedang memulihkan Permanent Head Damage di UPM dalam bidang Drama Dalam Pendidikan. Suka puisi, suka karya kreatif, suka filem. Baru melahirkan kumpulan cerpen 10+1 bertajuk BADRUL BAMBI.
Kumpulan cerpen BADRUL BAMBI boleh dipesan dengan menghantar emel ke badrulbambi@hotmail.com ataupun deppviggo@yahoo.com.Harga senaskhah,termasuk kos pos ialah RM20.00
Sedang Baca : Aku Ingin Bunuh Harry Potter(Hernowo)
Baru Tonton: Geng
Jumpa saya juga di facebook,taip Raihani Mohd.Saaid
Niat asal
ingin membeli bukunya tetapi syukur, dapat pula sebagai hadiah. Dapat pula
tumpang promosi Badrul Bambi oleh abang Ajami Hashimyang rajin dan berdedikasi ini. Hahaha!
Buku yang
dimaksudkan ialah buku untuk filem Estet selenggaraan Ajami Hashim, terbitan
Matahari Books milik Amir Muhammad. Ia mengandungi lakon layar filem Estet
tulisan Mamat Khalid yang bertujuan ‘mendekatkan peminat filem Malaysia
dengan proses pembikinan filem'. Pelancaran filem ini sahaja sudah berbeza. Ia
dibuat di Padang Merbuk, depan ASWARA – saya punya tempat jatuh lagi
dikenang.Bukan di hotel atau restoran mewah mana-mana tauke filem.Muahaha!
Majlis pelancarannya sahaja sudah memberi gambaran filem itu nanti, dengan
tarian ala Kollywoodnya serta bangsal a la majlis perkahwinan orang India.
Menurut blurb di belakang buku ini, filem Estet ialah sebuah filem dengan
‘pendekatan yang lebih kepada heroism dan suspense thriller ala filem-filem Selatan
India.
Bila membaca
lakon layarnya, boleh tahu jalan cerita dan mungkin juga pengakhirannya. Tetapi
bagaimana cerita ini dizahirkan, how’s the screen play being executed itulah
yang penting. Baca bual santai Ajami dengan sang pengarah,Saudara Mamat Khalid.
Memang santai dan anda tidak akan menemui sisi bual ini di penerbitan lain yang
lebih bersifat formal. Jika ada yang nak mengkajinya secara formal dan ilmiah,
itu kita serahkan kepada para academia.
Saya secara
peribadi tidak sabar hendak tengok Rosyam Nor berlakon sebagai Kublai Khan,
selepas saya terpesona dengan wataknya dalam Kala Malam Bulan Mengambang.
Sekali saya tegaskan, saya secara peribadi tak suka Rosyam dalam tragedi
meleleh air mata. Saya suka dia berlakon komedi. Jika anda suka kerja-kerja
Mamat Khalid, anda akan suka Estet. Jika anda suka buku Estet, anda akan suka
kerja-kerja Ajami Hashim.
Sepatutnya
lebih banyak perkahwinan antara filem dengan buku sebegini. Inilah namanya
budaya ilmu, walaupun apa yang ditulis mungkin santai sifatnya. Takkan hendak
tonton filem sahaja. Mesti hendak tahu latar belakangnya. Filem-filem P.Ramlee
dulu pun,kalaulah ada yang mendokumentasi belakang tabirnya mesti best.
Maklumat
lanjut mengenai buku ini dan cara hendak membelinya boleh didapati di blog
penyelenggaranya.
Haji
Mahadi:Ladang-ladang dan estet-estet…factory-factory dan kilang-kilang…
Rai November 4, 2009 03:58 PM PST Bang Ajami,
Syok sendiri bagus apa!Kalau tak syok,cmna nak buat kerja yg bagus?Nyehehe!
Hanie,
Apa nyah?U setuju utk kawen? Itulah tauke2 filem sekelian...kalau anda ada duit utk buat filem,takkan takde duit utk publish buku psl filem kan kan kan?
p/s kesempatan bersembang first hand dgn Mariani 2 tahun lepas sgt berharga utk mendapatkan maklumat psl Studio Jln Ampas!
haniesalwah November 3, 2009 12:26 AM PST Setuju setuju setuju! (Apa yang aku setuju tu ntah la erk...hahaha). Oh saya setuju bab "Sepatutnya lebih banyak perkahwinan antara filem dengan buku sebegini"...
Ini sangat penting kepada para akademia yang ingin mengkaji filem (tak lupa juga semua peminat filem kan...) takdela susah no nak buat kajian. Hehehe...
Kalau ada buku ditulis mengenai sesuatu filem (tak kisahla lakon layar ke, disebalik tabir ke, temuramah dengan director ke) setidak-tidaknya membuatkan orang yang tidak tahu apa tu filem semakin faham akan pembuatan filem dan semakin menghargainya (bukan tau nak kutuk je kan...hehe).
Tapi sayangnya saya tak sempat nak beli buku ni di MASKARA tempohari. Uwaa...kena tunggu keluar di kedai la gamaknya...huhu!
ajami October 29, 2009 12:29 PM PDT Salaam rai,
TQ muah2
Mebi nx tme I publish sndiri buku skrip tunjang sa'adah yg syok sndiri itub ahaha!