raihani
June 12th 1979  (Age 35)
Female
Malaysia
Pemilik nama penuh Siti Raihani Mohamed Saaid ini lahir pada 12 Jun 1979 di Kuala Lumpur. Puteri sulung kepada sasterawan Dr.Zurinah Hassan ini mula serius menulis sejak tahun 1994 dalam genre puisi, cerpen, esei dan skrip.Karya-karya pernah tersiar di Dewan Sastera, Dewan Budaya, Dewan Siswa, Tunas Cipta, Berita Minggu, Mingguan Malaysia, InTrend, Eh! dan banyak lagi. Penghargaan yang pernah diterimanya dalam dunia sastera tanah air ialah Hadiah Sastera Berunsur Islam 13,Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009,Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2004/2005, Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2007, Hadiah Saguhati Pertandingan Menulis Novel Remaja DBP 2007, Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2002/2003, Hadiah Cerpen Esso-GAPENA 1997, Hadiah Puisi Kebangsaan Esso-GAPENA 1995, Hadiah Sastera Siswa 1997 dan 1998 serta 3 siri pertandingan Penulisan Skrip Filem anjuran FINAS. Merupakan graduan Akademi Seni Kebangsaan dalam bidang Penulisan dan Universiti Malaya dalam bidang Seni Persembahan. Gemar mengisi masa lapang dengan membaca, menonton filem dan bermain piano.Selain menulis,boleh dipanggil untuk mengendalikan bengkel drama untuk remaja,kerja-kerja terjemahan dan voice over. Karya persendirian yang sudah diterbitkan dalam bentuk buku ialah kumpulan cerpen Badrul Bambi dan kumpulan sajak Terminus A Quo (terbitan Rumah Buku Rania) serta novel Dari QM Ke DM (terbitan DBP). Kini sedang melanjutkan pelajaran peringkat Sarjana di Akademi Pengajian Melayu, UM dalam bidang kajian filem P.Ramlee.
   

<< July 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04
05 06 07 08 09 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30 31

Kumpulan cerpen BADRUL BAMBI dan kumpulan sajak TERMINUS A QUO dijual secara pakej istimewa iaitu RM25,termasuk kos pos untuk kedua-dua buah buku.Pakej buku ini boleh dipesan dengan menghantar emel ke deppviggo@yahoo.com atau mesej ke facebook Raihani Mohd.Saaid. Sedang baca:Benih Semalu(SN A.Samad Said) Baru Tonton:Life of Pi Jumpa saya juga di facebook,taip Raihani Mohd.Saaid
Free ebay counter

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Monday, July 06, 2009
KARANGAN TOKOH

Semasa kita bersekolah dulu, pasti ada tajuk karangan mengenai tokoh atau idola yang kita sanjungi. Saya paling ingat,sewaktu darjah 4, guru Bahasa Melayu meminta kami sekelas menulis mengenai tokoh,maksudnya, orang yang masyhur, dikenali ramai dan selalu masuk suratkhabar.Kalau setakat menulis tentang ibu bapa (saya tak memilih pun untuk menulis mengenai Mama ketika itu) atau tentang Makcik Semah jual kuih bom depan rumah, itu bukan tokoh.                       

                                      

 

Saya menulis tentang Michael Joseph Jackson, dalam buku no.7, lebih kurang 3 mukasurat. Saya tulis mengenai tempat lahir, tarikh lahir, tajuk album dan tajuk-tajuk lagu beliau yang popular. Pengetahuan dan maklumat ini terkumpul kerana saya gemar membaca URTV sewaktu itu. URTV ketika dibawah tokoh media, Bahyah Mahmood atau Kak Bam dipenuhi dengan artikel-artikel yang lebih ‘berjenis’, jika dibandingkan dengan majalah hiburan sekarang. Malah Allahyarham (Datuk) Sudirman pun saya suka ikuti tulisan beliau, terutamanya catatan beliau mengenai pertandingan yang beliau menangi di Royal Albert Hall London. Bagaimana beliau sering mengadu dengan Anita Sarawak mengenai kecanggungannya berada di tempat orang, sikap diva artis-artis antarabangsa serta bagaimana mereka terkekeh mengata penyanyi itu suaranya macam orang meneran buang hajat, penyanyi ini rambutnya macam kena belacan dan macam-macam lagi. Segala emosinya diluahkan dengan begitu baik di atas kertas. Susah untuk mencari penyanyi yang boleh menulis dengan begitu baik sekarang. Atau mungkin ada. Tetapi media tak berminat menonjolkan artis-artis yang cerdik?Wallahualam.

 

Maka saya pun duduklah selama setengah jam di dalam kelas BM itu, mengarang mengenai Michael Jackson yang sudah arwah baru-baru ini. Ketika darjah 4 itu, saya bukanlah peminat tegar atau pembaca yang faham tentang fenomena MJ. Cuma saya banyak maklumat mengenai MJ kerana beliau popular. Saya ingat lagi, guru kami ketika itu memberi semacam peringatan- nak tulis pasal Maradona boleh, tapi jangan tulis pasal Madonna. Rakan di sebelah saya, seorang budak lelaki (saja tak nak sebut namanya di sini), menulis tentang Richard Dean Anderson, pemeran watak MacGyver itu. Diingat-ingat semula sewaktu berusia 10 tahun dahulu, hai, boleh juga kami mengarang.

 

Mengapa saya katakan boleh?Saya mengambil contoh kes anak saudara saya yang sudah masuk Darjah 6. Ini anak-anak kelahiran PPSMI. Sudahlah tak membaca, bila ada kerja rumah mengarang, dia cuma menyalin sebutir-sebutir dari mulut ibunya. Tiada maklumat bawah sedar yang terkumpul tentang satu-satu isu, tiada emosi.

 

Ini satu fenomena yang semakin membimbangkan. Lebih dahsyat dan mengerikan dari fenomena kematian MJ.

 

AR Tompel : Aku dah dekat 24 jam dalam rumah ni…aku belum tahu lagi yang mana satu isteri kau!

            -Anak Bapak-

 


Posted at 02:29 pm by raihani

barbie the princess
January 27, 2014   03:24 PM PST
 
where is the karangan?
moncler jackets online
December 23, 2012   01:51 AM PST
 
I had always wanted to learn about this topic ... I think it's great the way you expose .. great work and continuing on with this great blog,130125,http://mudajauhari.blogdrive.com/archive/156.html
north face coats online
December 16, 2012   06:14 AM PST
 
So fun article is! I know more from it.,271411,http://mudajauhari.blogdrive.com/archive/156.html
ugg outlet
November 25, 2012   12:29 AM PST
 
I'm going home tonight to take a pick, i'm very excited about this (clearly you see how sad and crazy i am about shoes.) Will post the picture,527047,http://mudajauhari.blogdrive.com/archive/156.html
mulberry factory shop
April 21, 2012   08:32 PM PDT
 
What a blog seen hardly like these blogs nice stuff i9n the blog thanks for the blog dude thanku very much....:),461919,http://mudajauhari.blogdrive.com/archive/156.html
Abg Bo
November 18, 2010   06:20 PM PST
 
Fenomena Mc Gyver memang tidak kurang hebatnya satu ketika dulu. Pantang jumpa pisau lipat, mesti nak bawak pegi sekolah.
Norkifli Abd. Hamid
July 8, 2009   04:33 PM PDT
 
tunggu jer petang nie...biar pak menteri buat keputusan PPSMI.Kewajaran PPSMI perlu diteruskan.Bahasa tidak akan terhakis .Setiap hari kita berbicara dgn ayat yg sama.Terpulang pada diri kita menilai akan kepentingan dia.Kenapa tidak diperluaskan kepada bahasa lain juga.Sayang sekali kita menpersia-siakan .
Rai
July 8, 2009   11:18 AM PDT
 
Aira,

Writing skills ni bukan milik org sastera je.org sastera tulislah pasal sastera.but the skill itself.I pun hairan,apa yg budak2 sekarang pandai buat...

Ngeri,ngeri!
Aira Rahim
July 7, 2009   11:48 PM PDT
 
Setuju la K.Rai,

i remember writing various topics ms sekolah dulu, mcm2 tajuk. Now i tgk homework adik i, byk sangat template and format. Camner la nak kreatif menulis. Writing certainly sharpens the mind..
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry