SET MY SOUL ALIGHT







raihani
June 12th 1979  (Age 30)
Female
Malaysia
Sedang memulihkan Permanent Head Damage di UPM dalam bidang Drama Dalam Pendidikan. Suka puisi, suka karya kreatif, suka filem. Baru melahirkan kumpulan cerpen 10+1 bertajuk BADRUL BAMBI.
   

<< November 2008 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01
02 03 04 05 06 07 08
09 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22
23 24 25 26 27 28 29
30

Kumpulan cerpen BADRUL BAMBI boleh dipesan dengan menghantar emel ke badrulbambi@hotmail.com ataupun deppviggo@yahoo.com.Harga senaskhah,termasuk kos pos ialah RM20.00 Sedang Baca : Setitik Darah Di Bilik Bundar (Muhammad Hj.Salleh) Baru Tonton: Four Brothers. Jumpa saya juga di facebook,taip Raihani Mohd.Saaid
Free ebay counter

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Wednesday, November 12, 2008
JUJUR BUDAK KELANTAN

Mukadimah – Saya ada ¼ darah Kelantan dalam badan ni. Ayah saya dan susur galurnya ke atas memang orang Perak asli, orang Kuale. Tapi susur galur ibu saya agak menarik. Ibu saya orang Kedah, arwah nenek saya orang Telok Panglima Garang, Selangor manakala moyang saya orang Kelantan. Namanya Che’ Fatimah dan pernah berkahwin dengan Sir Henry Eckhardt, penasihat Inggeris Sultan Kelantan ketika itu.

Sekarang baru saya nak cerita pasal filem Budak Kelantan, arahan Wan Azli Wan Jusoh yang merupakan salah seorang dalam lingkaran kawan-kawan saya semasa di ASK dulu. Sekitar tahun 2006,saya bersembang dengan Kak Lenny.Dia cakap pasal suaminya yang tercinta bekerja untuk produksi filem Koya Best. Kata Kak Lenny, ‘’Tengok la,  Rai. Filem Wan Azli mengarah, Asrul(faizal Kamarulzaman) berlakon jadi second lead’. Lebih kurang setahun lepas itu, saya jumpa ‘Encik’ Asrul sedang minum-minum di kafe bawah Pusat Kebudayaan, UM. Saya usik ‘bila Koya Best nak keluar?’ sambil melonggarkan tali leher di kemejanya,  dia menjawab ‘Tak payah tengoklah,  Rai! Dia cakap sambil gelak-gelak. ‘Pesanan’ Asrul tu saya langgar- saya pergi tengok juga filemnya. Teruja juga tengok puak-puak ramai dalam tu-Ayie,Along,Samoza pun ada. Saya tunggu sampai kredit dan nampak nama 2 beradik-Fikar dan Zamri yg merupakan mantan ahli percussion pancaragam SMSSAAS.

Saya tak akan menulis tentang aspek perfileman yang lain atau menggali apa jua metafora yang ada dalam filem Budak Kelantan (BK). Saya tidak akan menghurai lebih lanjut aspek watak hitam putih dalam BK kerana bagi saya, Wan Azli meletakkan manusia di dalam grey area. Itu hakikat dan saya juga bersetuju dengan hakikat itu. Saya cuma ingin menyatakan sejujurnya apa yang saya suka tentang BK. Tidak lebih dari itu. Yang saya suka ialah bahasa Kelantan dalam BK tidak digunakan sebagai decorum semata-mata. Bahasa Kelantannya bukan aising atas kek, bukan nyok atas buah Melaka, tetapi memang berfungsi sepenuhnya untuk menyampaikan cerita. Dan itulah yang mengikat saya sampai wayang habis.

Saya akan ingat pada adik-adik saya di UM- Zamri,Rizuan, Alif,Sabri, Rokiah, Nida, Nik dan Faiz. Saya akan teringat pada anak murid saya di UPM-Judean,Juki, Rosdi dan Hasrul. Saya juga akan teringat pada Bet. Sepanjang menonton BK, saya tanya diri sendiri – betulkah aku tengah tengok wayang ni? Saya merasakan seolah Jaha dan kawan-kawannya betul-betul ada di depan saya manakala skrin wayang tu cuma pemisah yang amat nipis. Tiada dialog-dialog jiwang karat, bahasa yang cuba dibakukan atau cakap campur-campur BM-BI yang memualkan itu.

Tiada dramatisasi dan tiada percubaan menjadikan satu watak itu the odd one out dgn memberi loghat berbeza. Dalam Ali Setan contohnya ada watak ini pada (Datuk Raja) Shah Rezza dan apalah nama pelakon yang cakap Kedah tu. Watak Awie dalam Apa Kata Hati cakap loghat utara tapi masih nampak fungsinya ialah decorum supaya orang gelak. Dr.Samat Salleh dan Pak Pie walaupun betul laras bahasa mereka (sebab mereka asli orang ‘sana’), saya tetap rasa mereka ini berfungsi decorum. Jogho di tangan U Wei pun rasanya tidak real macam ini. Mungkinkah kerana yang berlakon itu rata-ratanya ‘orang luar’? Atau ketika menontonnya 10 tahun lepas, saya yang bengong tak faham?

Ada pelajar saya yang merasa dirinya terhina sebagai orang Kelantan selepas menonton BK. Ada pelajar saya yang cakap, menonton BK ni macam menonton filem asing dan penat nak tengok sarikata. Itu kau orang punya pasallah, Labu! Yang saya nak tegaskan di sini- BK ialah satu filem yang dibikin oleh orang yang ‘reti bahasa’. Terima kasih Saudara Ajami yang promo habis-habis (I promo you balik!Hehe!) Syabas Saudara Wan Azli. Syabas juga untuk Asrul! Sorry, aku langgar pesanan kau tu sebab aku nak puji kau kat sini selepas bertahun-tahun kita mengaji sama dulu!

 Along Eyzendi : Tok Amarekalah saing denge budok ssejid!

            -Budak Kelantan-

Posted at 11:31 pm by raihani

yourshop.cc
December 4, 2008   04:12 PM PST
 
http://www.watchesforsale.us
ainunl.muaiyanah
November 28, 2008   10:50 PM PST
 
saya tak dapat tgk.. saya tak dapat tgk..

kat terengganu tak da wayang
kat kelatan pun tak wayang..
sedey2
malau
November 20, 2008   01:19 PM PST
 
Fuhhh..walaupun nama sya takder dlam credit title Budak Kelantan, tapi nama adik sya zamri poyo tersenarai gak dlam ulasan pasal BK. Raso banggo kawe. Tabik sppring ko kak rai.
Rai
November 18, 2008   10:38 PM PST
 
Kekanda Ajami,

Omputeh yg menjadi moyang saya tu ialah second husband of my great granny.Kami ni keturunan suami pertama.Takde bau2 bacang aih...bau2 budu je.Ahaks!

En.Karim Spencer,

Oooo nak kena highlite nama JUdean ek?Siapakah Judean tu?Lawyer?Majistret?Pekerja sugar queen?Mat rempit?Ketua pembangkang di parlimen?Wakaka!
en karim
November 18, 2008   09:02 PM PST
 
jaha xpo bdk amereka.. paka sluar levi's bundle..
heheh..
akak... nama judean tu kasi highlite sket..org klate jati tu
ajami
November 16, 2008   01:29 PM PST
 
Salaam rai,

sebenarnya saya belum habis 'menghadam' sepenuhnya filem BK.. nantilah saya ulas panjang lebar bagai nak rak! hahaha!.. terima kasih kerana menontonnya (macamlah aku ni Wan Azli! hahaha!)

p/s: maknanya awak ada sikit-sikit bau bacang keturunan omputeh ekk? larrikkkk!
Rai
November 16, 2008   09:17 AM PST
 
Rahimin,
1/4 tu banyak dah...cuma aku sendiri tak pernah gi kelantan je.heheh

Bet,
Bakponyo tok ingat...heheh

Sherrylily,
Pengarah ni mmgla budak kelantan tulen.psal tu di buat film budak kelantan.kalu nak wat citer budak johor,suruh si ijan n tempe buat skrip.muahaha

Ibu Ibu
Bet dgn Burn punya slang adalah bunyi2 antarabangsa lagi.Tapi takleh lawan maizura.Hari tu I nak pinjam guna printer dia,dia cakap 'haa kak rai,pegilah PRING dulu'.Nyeheheh!
IbuIbu
November 16, 2008   01:34 AM PST
 
Bet, I selalu pelik kalau u kecek klate sbb u sounds fake..hehe..maybe sbb u dh campur2 slang mat saleh ni...
Tp i tak sure pulak kalau u borak ngan family u...kedengaran atau tidak kelantannye...:)
tiramisuchubby
November 13, 2008   09:51 PM PST
 
hmmm.. alamak, akak ni.. soh la pengarah tu uat lak budak Johor.. Nanti nama ati lak ada dlm blog akak.. Nak femes gak mcm Sedi, Juden, Juki n lain2.. Xfemes da sherry lily.. muahahahahahaha...
bet
November 13, 2008   12:32 PM PST
 
'tok amereka la saing dgn budok ssejid'- BK

Hehe. Oooo...tgk pelem ko baru ingt ko saing nih? Malah bbaik..
rahimin
November 13, 2008   11:49 AM PST
 
1/4 je?

aku tak tengok lagi bk. tapi pernah la 3 tahun duduk di kekantan nun masa buat dip dulu.

shah reza : Ya Saley!
-ali setan-
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry