SET MY SOUL ALIGHT







raihani
June 12th 1979  (Age 30)
Female
Malaysia
Sedang memulihkan Permanent Head Damage di UPM dalam bidang Drama Dalam Pendidikan. Suka puisi, suka karya kreatif, suka filem. Baru melahirkan kumpulan cerpen 10+1 bertajuk BADRUL BAMBI.
   

<< November 2008 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01
02 03 04 05 06 07 08
09 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22
23 24 25 26 27 28 29
30

Kumpulan cerpen BADRUL BAMBI boleh dipesan dengan menghantar emel ke badrulbambi@hotmail.com ataupun deppviggo@yahoo.com.Harga senaskhah,termasuk kos pos ialah RM20.00 Sedang Baca : Setitik Darah Di Bilik Bundar (Muhammad Hj.Salleh) Baru Tonton: Four Brothers. Jumpa saya juga di facebook,taip Raihani Mohd.Saaid
Free ebay counter

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Saturday, November 08, 2008
BERCAKAP-CAKAP DALAM TV

Ada bualbicara yang hosnya sangatlah menguasai rancangan. Sepatutnya dia  tak payah panggil tetamu yang selalunya lebih dari seorang,tak payah terima panggilan telefon sebab hanya dia yang bercakap. Sedangkan fungsi rancangan ini ialah untuk bertukar-tukar fikiran.Yang terjadi ialah hanya fikiran dia saja yang kita kena dengar. Rancangan mana yang saya maksudkan? Fikirlah sendiri tuan-tuan, puan-puan, hadirin yang saya hormati sekelian!

Saya suka Latte, rancangan terbitan 8TV kendalian Jason Lo. Jangan kata saya tak patriotik dan tak Islamik sebab suka tengok Latte.Pak Samad (SN Datuk A.Samad Said) pun pernah muncul dalam Latte. Daripada situ baru saya tahu Pak Samad ni biasa masuk menyanyi di Bintang Radio Singapura dan lagu kegemarannya ialah Dewi Manja (Sam Saimun kalau tak silap).

Kenapa ada jurang yang sangat ketara dalam kebanyakan rancangan bualbicara Bahasa Melayu? Tidak mahu bandingkan dengan rancangan luar negara ya! Saya tidak kata semua tetapi kebanyakan. Kalau serius,serius sangat topik dan nuansa pengacaraannya. Baik topik agama,politik, ekonomi mahupun akademik. Kalau dah santai tu panggil artis-artis,cakap jerit-jerit,takde isi malah kadang-kadang sampai ke tahap bangang. Saya secara peribadi suka Wan Chik Daud dan arwah Nurnikman Dadameah kendalikan Selamat Pagi Malaysia lebih kurang 20 tahun lepas. (Erghh..nampak sangat saya dah tua!). Aziz Desa pun saya suka.Faham topik, kenal tetamu dan nampak semulajadi.

Pernah sekali dalam tahun 1999,saya dan Mama diundang secara langsung ke Selamat Pagi Malaysia untuk mempromosi diri sebagai 'orang sastera'. Malang sungguh kerana kami dapat pengacara yang harap mekap saja tebal tapi nipis pengetahuannya. Barangkali dia sekadar mengikut arahan penerbit-bercakap saja,tanya apa saja dengan tetamu, tak ada masa barangkali nak buat kerja rumah. Tetapi dia nyatalah tak berapa kenal dengan kami…sudahlah penulis ni memang tak berapa terkenal. Buktinya, semua soalan skema ala-ala 5W1H yang ditanya pada Mama dan tidak boleh connect langsung dengan topik pagi itu. Saya pula tak henti-henti dipanggil 'Puan Raihani' walhal saya masa tu baru 19 tahun, boyfriend pun tak ada lagi…ewah ewah!

                         
Ini merupakan rancangan talkshow paling hebat dikendalikan oleh mentor-mentor
MPR 2006
. Antara saya, Kak Nisah, Ustaz Zaid dan Abang Lutfi-siapakah yang paling memberi perhatian kepada Abang Sham Aljohori yang bertungkus-lumus berbicara?Hehehe!

 R.Jaafar : Kau akan tidur di atas tilam…yang mengikut gerak badanmu…dan akan memantul kembali mengikut bentuk asal!
                 -Si Badul-

 

Posted at 02:25 pm by raihani

IbuIbu
November 16, 2008   01:36 AM PST
 
Sy mmg hangen ngn sorang perantara ni,kak rai...Memang kejenye menyampuk bila tetamu tgh cakap, pastu tak habis2 cite pasal diri sendiri...Cuba teka siapa...Org TV2+1...huhu
Rai
November 12, 2008   10:16 PM PST
 
Nissa' cun,

Akak ingat lg ni kamera Kak Nisah.Tp gerangan yg mengambil gmbr dah tak ingat.Akak merakam gmbr jerawat Kak Nisah sbnrnya.Hui hui hui!

Nazmi,
Meja je?Gmbr kerusi kreatif tak nak?Heheh!

Mastikus,
Apa kata buat talkshow Menjadi Bidan Kucing?

Shuji,
Sama-samalah kami membuat promosi cap ibu dan anak.Hahaha!

Abang Lutfi,
Heheh!Okey la tu panggil abang.Nampak macho sikit.Panggil adik nanti tak kuasa pulak mak,nyah!Huahuahua!
lutfi
November 11, 2008   01:45 PM PST
 
Ada talkshaw ke di Malaysia ini? Err, lutfi tu belum 'abang' lagi. MAsih muda dan masih ada 3 borang kosong. Tukar 'abang' dengan 'brader' la...haha.
mastikus
November 11, 2008   08:56 AM PST
 
alah, pengacara zaman sekarang nak glamer je lebih. ingat muncul kat tv, ramai lah org kenal. padahal setiap kali muncul kat tv, orang pakat gelakkan tengok betapa bodohnya mereka yg cetek pengetahuan itu. ngeh3x
s h u j i
November 10, 2008   05:37 PM PST
 
Mama bawak anak ke? ke promosi anak. hehehe
Nazmi
November 10, 2008   10:49 AM PST
 
aku tag kan ko utk Meja Kerja Kreatif. Berkongsi meja kerja kreatif sama ada di rumah atau di ofis.

Meja Kerja Kreatif Nazmi di http://kawat.blogspot.com/2008/11/meja-kerja-kreatif.html
Nissa' Yusof
November 9, 2008   02:29 AM PST
 
salam, Kak Rai.
saya suka betul dengan gambar ni. siapakah gerangan empunya kamera yang begitu pandai target masa snap gambar?

ehehe kononnya kak rai tu tengah record abg din yang bertungkus lumus berbicara ye..

teringat talkshow kat tv baru-baru ni. geram betul saya tengok pengacara tu asyik desak tetamu jawab soalan dia, dahlah tetamu tu tengah sedih, bila dah jawab, nak jawapan deep dari hati pulak lagi.
saya yang tengok pulak emosional.hahaha
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry