SET MY SOUL ALIGHT







raihani
June 12th 1979  (Age 30)
Female
Malaysia
Sedang memulihkan Permanent Head Damage di UPM dalam bidang Drama Dalam Pendidikan. Suka puisi, suka karya kreatif, suka filem. Baru melahirkan kumpulan cerpen 10+1 bertajuk BADRUL BAMBI.
   

<< November 2008 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01
02 03 04 05 06 07 08
09 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22
23 24 25 26 27 28 29
30

Kumpulan cerpen BADRUL BAMBI boleh dipesan dengan menghantar emel ke badrulbambi@hotmail.com ataupun deppviggo@yahoo.com.Harga senaskhah,termasuk kos pos ialah RM20.00 Sedang Baca : Aku Ingin Bunuh Harry Potter(Hernowo) Baru Tonton: Geng Jumpa saya juga di facebook,taip Raihani Mohd.Saaid
Free ebay counter

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed

Sunday, November 02, 2008
TAJUK ALTERNATIF DM KE QM

Perkara yang lazim dalam dunia persuratan di mana-mana sekalipun ialah pertukaran tajuk karya yang diusulkan oleh penerbit. Saya pun terlibat dalam 'ini gambar'. Kali pertama pada tahun 1997, cerpen Badrul Bambi di Dewan Siswa. Arwah OP minta tukar tajuknya dari Badrul Bambino, dia suruh buang 'no' tinggal Bambi saja. Okeylah, meletup juga cerpen tu. Hehehe!

Untuk kali kedua ni, manuskrip novel pertama saya, Dari QM Ke DM, yang menang hadiah saguhati pertandingan DBP tahun lepas pula diusulkan pertukaran tajuk. Sedikit info, novel ini dikembangkan dari skrip filem pendek saya yang bertajuk Budak Pancaragam (tiada kena mengena dengan Budak Kelantan!). Skrip ini menang pertandingan anjuran FINAS pada tahun 2001. Kemudian, sekitar tahun 2004 saya mula mengembangkan idea skrip ini kepada novel remaja. Kisah budak pancaragam. Sekali saya ulangi-novel ini mula ditulis pada tahun 2004 selepas dikembangkan dari skrip filem saya yang dihasilkan pada tahun 2001.

Tahun-tahun yang saya tegaskan di atas PENTING. Setidak-tidaknya, penting bagi saya. Jika panjang umur ada rezeki novel ini menemui pembaca (jika ada yang sudi membacalah!), saya telah menyiapkan diri. Novel ini ada sedikit unsur yang mungkin sama dengan sebuah lagi novel remaja top oleh seorang penulis top masa kini. Tapi, dia memang dah top. Siapalah saya…baru nak menulis satu novel. (Nissa', ini bukan iklan sabun pencuci Top ya!) Nak tahu apa unsurnya,kena bacalah nanti.

Maka apakah tajuk yang sesuai untuk diusulkan sebagai gantian kepada Dari QM Ke DM? Nota: QM ialah Quarter Master iaitu anggota yang bertanggungjawab menjaga hal lojistik dalam pancaragam manakala DM ialah Drum Major, pemimpin pasukan. Jadi, apa tajuk yang wajar? Akustika Rindu, bak kata Zaid Akhtar? Di Hujung Trompetku Cinta Berbunga? Kasih Drum Major Yang Terakhir? Dram-dram Cinta? Hehehe! Jemput memberi cadangan!

A.Rahim : Ini siapa daa main seruling ni?Memekak je…!

Ali Fiji : Entah…sumbaaaaang je aku dengar!

            -Pendekar Bujang Lapok-

Posted at 09:59 am by raihani

antusufi
November 26, 2008   02:37 PM PST
 
muzikal sufi?

gema alam?

gendang pejangga?

huhuhuhubaya betul....salam hormat dr hamba penziarah baru ;)
TAK RETI PANCARAGAM
November 17, 2008   04:08 AM PST
 
EM...LETAK TAJUK 'AYAT-AYAT TEROMPET' OK TAK?TAK PUN 'KETIKA TEROMPET BERTASBIH'...HAHAHAHA...
hariry
November 7, 2008   02:44 PM PST
 
"dari tpm ke pm"
"dari mongolia ke puncak alam"
"keliru razak - perdana menteri, penganalisis politik, kapal selam"
"dram dram ram ram pisang"
"cogan alam drum major"
"tak tak traktak tak"
"pancaragam: ragam QM dan DM"

kangaq
November 6, 2008   01:06 AM PST
 
Seindah Drammu Bergema?

Bukan Gema Genderang?

Hahaha...
Rai
November 5, 2008   11:24 PM PST
 
Joko,
Novel ni latarbelakangnya Selangor tengah je,takde timur tengah.

Kak Lenny,
Kalau nak berteduh,di bawah base drum yg besar tu bolehlah...heheh!

Dahiri,
Cuba lagiii!Muahaha!

Jebatsari,
Cess!Jadi apa tajuknya?Jebat Bukan Peniup Saksofon?Cinta Jebat Dengan Kayu Dram?
jebatsari
November 5, 2008   07:25 PM PST
 
kalau tajuknya ada perkataan 'jebat' saya sukaaa donggg. enak bangatttt
dahirisaini
November 3, 2008   04:34 PM PST
 
gimana dgn muzika majorku, kira oke le tu....tapi....
kak Lenny
November 3, 2008   01:26 PM PST
 
Di Bawah Dram Mu Aku Berteduh. Boleh kot yg ni heheheh....
joko
November 3, 2008   10:49 AM PST
 
tajuk!!!! nyawaku di hujung trompet, trompetku seru, QM vs DM, anakku drum major..... pape jelh kak rai. jgn letak mcm buku2 skrg yg berfenomenon cinte ( mesti depa letak kata ganda - cinta-cinte-) geli ar... isi ngan penyampaian same dan bosan bagi jiwe yg kering. ke tiru habiburrahman la ni.. sume nak tiru cite kat timur tengah pe cite. geli ar....
Rai
November 3, 2008   09:16 AM PST
 
Masalahnya...ini cerita pasal brass band dan dalam brass band takde konsep akustika.Aku Seterika (Uniform) mungkin adalah!

Cuba lagi!
pie
November 2, 2008   11:12 PM PST
 
saya antara pengikut setia blog ni. saya lbih ttarik dgn tjuk "akustika rindu"...
Nissa' Yusof
November 2, 2008   12:44 PM PST
 
waa dah nak keluar. penyair top bakal jadi novelis top pulak ni. hehe.. Akustika Rindu? ust Zaid?? ok what. dram-dram cinta tu saya suka. hahahaha
cintaku bukan di hujung seruling, boleh?
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry