SET MY SOUL ALIGHT







raihani
June 12th 1979  (Age 30)
Female
Malaysia
Sedang memulihkan Permanent Head Damage di UPM dalam bidang Drama Dalam Pendidikan. Suka puisi, suka karya kreatif, suka filem. Baru melahirkan kumpulan cerpen 10+1 bertajuk BADRUL BAMBI.
   

<< November 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30

Kumpulan cerpen BADRUL BAMBI boleh dipesan dengan menghantar emel ke badrulbambi@hotmail.com ataupun deppviggo@yahoo.com.Harga senaskhah,termasuk kos pos ialah RM20.00 Sedang Baca : Projek 238(BH Amir) Baru Tonton: Setem Jumpa saya juga di facebook,taip Raihani Mohd.Saaid
Free ebay counter

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Saturday, November 28, 2009
SAYA DI MASKARA 5 DISEMBER INI

Akhirnya dapatlah juga saya memenuhi undangan untuk membuat persembahan di majlis Malam Baca Naskhah Sindiket Soljah dan Kawan-kawan Yang Kita Suka pada 5 Disember 2009, di Rumah Pena,jam 8 malam.

Apakah bentuk persembahan yang patut saya buat?Demonstrasi memasak mi rebus?Bersyair sambil menaiki kapal selam?Hahaha!

Badrul Bambi juga akan dijual di sana dengan harga istimewa.Mari mari mari!

                                     

Hamid Gurkha:Itu bunyi burung kelicap...
    -Jejaka Perasan-


Posted at 06:21 am by raihani
Ada pendapat?  

Friday, November 20, 2009
TUNAS CIPTA NOV 09

Walaupun dah terlambat (pasal baru sempat baca TC), saya ingin membetulkan beberapa fakta mengenai saya yang ditulis di dalam esei Umpama Kerlipan Bintang Yang Menjelma dan Menghilang:

1) Saya menang Hadiah Puisi Esso-GAPENA pada usia 16 tahun, BUKAN 21 tahun. Hadiah puisi ini juga diadakan pada tahun 1995, bukan 1998.

2)Puisi saya yang memenangi Hadiah Puisi Esso-GAPENA ialah 'Istana Kemerdekaan' (dan 'Kota Anak Generasi'), BUKAN 'Istana Merdeka'.

3) Puisi 'Janji Si Muda Lela' tidak pernah memenangi apa-apa sayembara penulisan.

4) Saya tidak pernah menjadi penerbit rancangan kanak-kanak di RTM selama beberapa tahun. Saya cuma pernah menjadi penulis skrip dan penyelidik rancangan Remaja 1319 di RTM selama beberapa bulan.

Terima kasih.Majulah Tunas Cipta untuk negara!;p


Zaiton: Tak siapa ingin berlaki!

 -Bujang Lapok-

Posted at 02:07 pm by raihani
Comments (2)  

Wednesday, November 11, 2009
CHEK DAH BOLEH HABAQ PENANG?

Semasa di UM dulu saya terlibat mengarah dan berlakon teater. Perkara utama yang saya ‘loratkan’ dalam lakonan ialah bahasa. Sampai kena cop ‘pengarah bahasa’ dan kena kutuk sikit-sikit pasal ‘keloratan’ saya tu. Berbahasa dengan baik adalah penting. Di Malaysia, kalau dalam produksi yang mementingkan ketepatan (mungkin juga ada peruntukan) dan kualiti, bahasa yang melibatkan loghat daerah akan diberi perhatian. Saya tulis entri ini sebab sakit telinga yang amat mendengar pengucapan dialog dalam drama Kuih Goyang Seha. Produksinya ramai pelakon star (tapi yang paling star tetap pensyarah teater saya,Prof.Samat Salleh!) namun pengucapan dialog dari pelakon yang bukan dari negeri Kedah atau Negeri Sembilan, seperti yang ditonjolkan dalam drama ini, sangatlah menyakitkan otot-otot telingaku ini.

 

Memanglah kita tak ada bajet macam LOTR,boleh ambil dialect coach dan sebagainya. Tetapi takkanlah dalam produksi tu tak ada seorang pun yang boleh membetulkan pengucapan Nabil, Irma Hasmie dan Wan Maimunah yang sangatlah janggal. Atau memang tak kuasa, asalkan drama siap? Persepsi orang bukan orang utara ialah, kalau kata ganti diri pertama mesti ‘chek’ dan kata ganti diri kedua ialah ‘hang’. Itu salah sama sekali. Begitu juga bila Nabil kalut-kalut berdialog dengan watak ibunya –‘’chek dah boleh habaq Penang…’’, dengan maksudnya dia nak beritahu yang dia sudah boleh bercakap macam biasa. Pergi tanya orang Utara,saya pun bukan nak bagi kuliah sosiolinguistik di sini.Hahaha! Itu belum lagi percubaan si Nabil bertutur bahasa Indonesia. Ambil generalisasi dan asal bunyi sahaja. Orang Indonesia tak sebut gelek gerudi ya! Kenapa kita anggap orang tahun 50an cakap macam Kasma Booty dalam filem-filem BS Rajhans? Betul ke tok wan saya dulu cakap macam tu? Rasanya kalau dah orang Kedah tu,cakap Kedahlah dari muda sampai ke tua.

 

Bila terilbat berlakon makyong,saya selalu minta jangan ada line.Jadi pak pacak pun boleh. Sekali dapat watak anak raja. Saya mintak kot-kot boleh jadi watak anak raja bisu.Tapi kena cakap dialek Kelantan juga dan sangatlah janggalnya. Orang kata, pasal saya tak makan budu, gitulah jadinya. Untuk pelajar ASK yang masih ingat persembahan makyong Dewa Muda tahun 2000, tentu anda tak boleh lupa tongue slip paling besar dan paling bersejarah dalam dunia teater tanah air. Muahaha! Bila pelajar bukan Kelantan harus bertutur dialek Kelantan dan dia tidak biasa melakukannya, maka jadilah tongue slip yang amat grand itu. Saya tak boleh sebut di sini, kena tanya saya personally.

 

 

Saya sampai sekarang masih hairan dengan filem KL Menjerit lakonan Rosyam Nor dan Lisdawati - kenapa adegan di ladang tebu Chuping, Perlih semua pelakonnya  cakap Key Ell?

 

Faisal Chal Ahmad:Liza burung hantu…!

-Gila-Gila Remaja-

Posted at 01:55 pm by raihani
Comment (1)  

Monday, November 02, 2009
TRIVIA MPR

Satu projek mengumpulkan trivia untuk Minggu Penulis Remaja(MPR) sedang dijalankan untuk melengkapkan lagi pendokumentasian tentang MPR. Sebagai sebuah program yang sudah berusia lebih 20 tahun dan mempunyai reputasi cemerlang, dirasakan wajar untuk merakamkan catatan-catatan menarik sepanjang program berlangsung. Antara contoh perkara yang boleh dijadikan trivia ialah:

 

1)Tempat penginapan peserta MPR

2) Jumlah peserta paling ramai / paling sedikit

3) Peserta paling muda / paling senior

4) Mantan-mantan yang mempunyai ikatan keluarga / datang dari keluarga penulis

5) Mantan yang bertemu jodoh di dalam MPR

6) Pencapaian mantan sebelum / selepas menyertai MPR

7) Negeri yang paling ramai mantan MPR

8) Bidang kerjaya yang paling banyak diceburi

9) Pembimbing /penceramah/tetamu program MPR

10) Lokasi majlis penyampaian Hadiah Sastera Siswa

 

Seboleh-bolehnya catatan trivia yang ingin dikongsi biarlah berbaloi untuk disebut dan tidak terlalu bersifat peribadi. Respon terus ke http://mudajauhari.blogdrive.com atau emel Raihani Mohd. Saaid di deppviggo@yahoo.com.

 

Mariani: Jahat orang sebelah nilah!

Sharifah Hanim : Ha ah lah!

            -Masam-Masam Manis-

 

Posted at 03:11 pm by raihani
Comments (2)  

Thursday, October 29, 2009
BUKU UNTUK FILEM ESTET

Niat asal ingin membeli bukunya tetapi syukur, dapat pula sebagai hadiah. Dapat pula tumpang promosi Badrul Bambi oleh abang Ajami Hashim yang rajin dan berdedikasi ini. Hahaha!

             

Buku yang dimaksudkan ialah buku untuk filem Estet selenggaraan Ajami Hashim, terbitan Matahari Books milik Amir Muhammad. Ia mengandungi lakon layar filem Estet tulisan Mamat Khalid yang bertujuan ‘mendekatkan peminat filem Malaysia dengan proses pembikinan filem'. Pelancaran filem ini sahaja sudah berbeza. Ia dibuat di Padang Merbuk, depan ASWARA – saya punya tempat jatuh lagi dikenang.Bukan di hotel atau restoran mewah mana-mana tauke filem.Muahaha! Majlis pelancarannya sahaja sudah memberi gambaran filem itu nanti, dengan tarian ala Kollywoodnya serta bangsal a la majlis perkahwinan orang India. Menurut blurb di belakang buku ini, filem Estet ialah sebuah filem dengan ‘pendekatan yang lebih kepada heroism dan suspense thriller ala filem-filem Selatan India.

 

Bila membaca lakon layarnya, boleh tahu jalan cerita dan mungkin juga pengakhirannya. Tetapi bagaimana cerita ini dizahirkan, how’s the screen play being executed itulah yang penting. Baca bual santai Ajami dengan sang pengarah,Saudara Mamat Khalid. Memang santai dan anda tidak akan menemui sisi bual ini di penerbitan lain yang lebih bersifat formal. Jika ada yang nak mengkajinya secara formal dan ilmiah, itu kita serahkan kepada para academia.

 

Saya secara peribadi tidak sabar hendak tengok Rosyam Nor berlakon sebagai Kublai Khan, selepas saya terpesona dengan wataknya dalam Kala Malam Bulan Mengambang. Sekali saya tegaskan, saya secara peribadi tak suka Rosyam dalam tragedi meleleh air mata. Saya suka dia berlakon komedi. Jika anda suka kerja-kerja Mamat Khalid, anda akan suka Estet. Jika anda suka buku Estet, anda akan suka kerja-kerja Ajami Hashim.

 

Sepatutnya lebih banyak perkahwinan antara filem dengan buku sebegini. Inilah namanya budaya ilmu, walaupun apa yang ditulis mungkin santai sifatnya. Takkan hendak tonton filem sahaja. Mesti hendak tahu latar belakangnya. Filem-filem P.Ramlee dulu pun,kalaulah ada yang mendokumentasi belakang tabirnya mesti best.

 

Maklumat lanjut mengenai buku ini dan cara hendak membelinya boleh didapati di blog penyelenggaranya.

 

Haji Mahadi:Ladang-ladang dan estet-estet…factory-factory dan kilang-kilang…

            -Tiga Abdul-

Posted at 11:16 am by raihani
Comments (3)  

Thursday, October 22, 2009
KETAKUTAN SEORANG IBU MUDA

Selain daripada takut dan risau akan keselamatan dan kesejahteraan anak-anaknya, seorang ibu muda seperti saya juga 'perlu' takut akan perkara ini-MENJADI GEMUK DAN TIDAK TERURUS.

Harus diakui, berat saya sudah tidak boleh capai 37kg macam zaman 'muda-muda' dulu. Hendak dapat bawah 45kg pun susah. (Dulu bukannya langsing, tapi kurus kering!). Berat badan saya sekarang? Hahaha,biarlah rahsia!Takut yang amat hendak dikongsi. Tapi jika tidak dikawal, nampak macam anak gajah tok mia. Anak murid pun tak percaya, ini tutor drama ke? Ingatkan tutor kelas memasak.

Kata Rizalman dan saya pernah quote ini dalam tulisan saya di Eh!, perempuan mesti cantik sampai mati. Ada orang memang cantik semulajadi. Ada orang mengusahakan untuk jadi cantik. Maksud cantik bagi saya, ialah sihat dan kelihatan rapi. Cantik bukan milik orang ada duit. Cantik bukan milik artis-artis. Ibu mertua saya usianya sudah hampir 70 tahun, sekali pun saya tak pernah lihat dia pakai kain batik, baju Kedah dan serkup kepala macam ibu-ibu dalam drama Melayu. Badannya pun tak menggeleber. Saya rimas tengok ibu-ibu muda pakai baju kelawar pergi kedai. Umur belum 40 pun ada yang sudah pakai gigi palsu. Saya dalam pantang pun tak pernah pakai kain batik. Kalau orang tengok saya dalam pantang, orang ingat saya nak pergi perbarisan Hari Kebangsaan. Tak percaya tanya ibu saya. Hahaha!


Seorang kaum kerabat saya berkata, buat apalah dia nak bersiap cantik-cantik dan apalah salah badannya gemuk. Memang begitu resmi perempuan yang sudah beranak-pinak. Duduk di kampung siapa hendak tengok. Lagipun suaminya pasti tak cari lain. Hello! Tolong jangan rekrut anak dan suami (serta seisi kampung) kalau badan gemuk tidak berbentuk. Sayanglah diri sendiri. Kalau bil hospital pun 'gemuk', siapa yang susah!

Menjaga makan dan line dancing sekerap mana yang dapat adalah cara saya menjaga berat badan sekarang. Tidak juga nampak kurus langsing macam dulu. Kena usaha lagi ni. Hiyaaaah...hiyaaaahh...hiyaaaahh...kroooh...  kroooh...zzzzzzz!

Aziz Sattar: Yang diketuk si cantik manis...sekali yang keluar si badak sumbu!
    -Bujang Lapok-

Posted at 09:28 am by raihani
Comments (3)  

Friday, October 16, 2009
BADRUL BAMBI@MPH

Apakah yang membahagiakan seorang penulis? Selain soal yang melibatkan pulangan material, bahagia seorang penulis juga lahir apabila ada lebih dari seorang pembaca menyatakan sekian-sekian pandangan berisi mengenai karyanya. Dalam kes kumpulan cerpen Badrul Bambi, saya menerima reaksi berikut dari Pembaca I, Pembaca II dan Pembaca II dan kesemuanya memberi respon yang sama;

''I tak puas hati you tak kahwinkan Badrul dengan Bambi. Ajar si Intan cukup-cukup!''

Untuk mengetahui lebih lanjut, bolehlah dapatkan kumpulan cerpen saya yang kini sudah pun berada di 7 cawangan MPH yang berikut:

1) Midvalley Megamall
2) SACC, Shah Alam
3) One Utama
4) Alpha Angle, Wangsa Maju
5) Subang Parade
6) Alamanda, Putrajaya
7) Jusco Seremban 2.

Kalau anda sudi membaca, saya bertambah-tambah bahagia!

S.Kadarisman : Kanda jangan ambil satu sen pun harta ayahanda. Dermakan pada adinda bulat-bulat!
   -Tiga Abdul-

Posted at 12:44 am by raihani
Comments (4)  

Monday, October 12, 2009
BADRUL BAMBI@PEKAN BUKU UM

Hubaya, hubaya!

Kumpulan cerpen saya, Badrul Bambi kini boleh didapati di Pekan Buku, Universiti Malaya,KL bermula dari 13 Oktober 2009. Beli jangan tak beli!

p/s Semasa masih menuntut di UM dulu, saya suka masuk dan bersila membaca buku-buku di Pekan Buku. Bukunya banyak. Sungguh mengasyikkan!

S.Kadarisman:Bukankah kau tahu kesukaan aku ialah belacan?!
    -Seniman Bujang Lapok-

Posted at 11:34 pm by raihani
Comments (2)  

Wednesday, October 07, 2009
BADRUL BAMBI @ SUARA KEADILAN

Catatan mengenai kumpulan cerpen saya, Badrul Bambi menembusi akhbar Suara Keadilan bil.201, bertarikh 6-13 Oktober 2009. Kepada yang sudi menulis dan menyiarkannya, berbanyak terima kasih saya ucapkan. Meh saya belanja makan kuih raya!Hehehe...

Dapatkan segera Suara Keadilan sekarang.Gambar saya yang bajet ayu tu pun ada.Muahaha!

AR Tompel: Kita teropong dia,dia teropong kita balik!
    -Anak Bapak-

Posted at 03:43 pm by raihani
Ada pendapat?  

Sunday, October 04, 2009
PEMUDI BERBAJU BELANG

                    

Ini uniform raya cap ibu dan anak setelah puas bergaya sakan pada hari raya pertama!

Ibrahim Pendek: Pakaian kita semua bagus,chief!
P.Ramlee : Ya,bagus...macam kuda belang!
       -Ali Baba Bujang Lapok-

Posted at 07:33 pm by raihani
Comments (2)  

Next Page